Salam 18 Ramadan 1438 H.
Pejam celik , pejam celik kita sudah memasuki 18 Ramadan di mana pada bulan Ramadan ini terdapat 3 fasa iaitu 10 ramadan terawal adalah rahmat, 10 pertengahan adalah keampunan dan 10 malam terakhir adalah pembebasan dari api neraka.
Setelah dua minggu anak-anak bercuti dan menjalankan ibadah puasa di rumah, minggu ini anak-anak akan bersekolah semula sebelum bercuti Raya.
Di Smart Soleh, kami menyediakan ruang kepada para pelajar Pendidikan awal kanak-kanak dari universiti dan kolej tempatan melakukan praktikum. Kami menerima guru-guru praktikum Muslim dan juga bukan Muslim.
Tujuan utama kami menerima guru-guru praktikal ini adalah untuk memberikan peluang kepada mereka berkongsi ilmu yang dipelajari sepanjang mengikuti pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, guru-guru praktikum akan merasai pengalaman dalam mengendalikan anak-anak di tadika yang mengamalkan prinsip islamik dalam pendidikan anak-anak.
Pengambilan guru-guru praktikum bukan muslim dan berlainan bangsa dilihat dapat memberi pengalaman yang baik untuk anak-anak belajar tentang kepelbagaian kaum di Malaysia. Di samping ruang dan peluang yang diberikan oleh tadika kepada guru-guru praktikum, kesan positif juga diterima oleh tadika di mana banyak aktiviti menarik dan idea yang segar dihasilkan oleh guru-guru praktikum untuk para pelajar.
Semoga peluang kerjasama di antara Smart Soleh dan institusi pendidikan tinggi tempatan dapat menaikkan taraf pendidikan prasekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
PELAJAR YANG CEMERLANG, LAHIRNYA DARI PENDIDIK YANG KREATIF DAN INOVATIF.