ALLAH SELAMATKAN KAMU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
SANAH HELWAH
Itulah lagu yang sering dinyanyikan bagi meraikan mereka yang sambut hari lahir.
Syukur Alhamdulillah.
Pada 07.07.2016 SSIP Saujana Utama telah berjaya melaksanakan program menyambut hari lahir bagi anak-anak yang lahir bulan Jun dan Julai serta turut mengadakan sambutan hari raya aidilfitri 1438H/2017.
Sambutan ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan kepada kanak-kanak akan makanan, kuih, pakaian tradisional. Di usia awal inilah, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai makanan tradisional kaum melayu.
Contoh makanan tradisional yang diperkenalkan adalah lemang dan burasak(makanan tradisional bagi masyarakat Islam SABAH(bugis). Kuih dapat dikategorikan kepada 2 jenis iaitu kuih tradisional dan juga moden. Antara kuih jenis tradisional adalah kuih bahulu, kuih ros, manakala kuih moden seperti tart nanas dan semperit.
Dalam pada itu juga, kanak-kanak turut melaungkan takbir hari raya dengan penuh semangat. Mashaa Allah.