Minggu ini merupakan minggu terakhir umat islam di seluruh dunia berpuasa sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H. Maka dengan itu berakhirlah RAMADAN untuk tahun ini. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. In shaa allah..Amiin.
Ramailah warga kota yang akan pulang ke desa untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama kaum keluarga dan juga sanak saudara. Pandulah dengan berhati-hati dan ingatlah nyawa orang yang tersayang. Mulakan perjalanan dengan memohon kepada Allah agar mudahkan urusan dan tiba dengan selamat di kampung halaman.
Ingin admin kongsikan serba sedikit pengalaman ketika waktu kecil berhari raya. Sejujurnya menyambut hari raya pada zaman kanak-kanak adalah suatu perkara yang paling menyeronokkan. Keterujaan untuk meyambut hari raya terasa amat seronok sekali kerana:
- Mendapat duit raya.
- Dapat merasa pelbagai juadah kuih-muih tradisonal masyarakat melayu.
- Merasai suasana malam Tujuh Likur(malam 27 Ramadan), rumah-rumah kediaman di terangi cahaya pelita dan lampu minyak tanah.
- Bermain bunga api di malam raya
- Melihat dan bersama-sama golongan dewasa bertakbir di malam raya
Di hari raya ini marilah kita sama-sama bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Daripada
WARGA SMART SOLEH