KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dandiri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotik. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokohterkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patriotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Selain itu, guru turut berperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Merka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.
Semangat cintakan negara yang bebas daripada penjajahan dan kini ditadbir mengikut acuan sendiri sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai kepentingan memelihara keharmonian negara yang menjadi sebahagian tuntutan agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman.”
(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
Kecintaan kuat terhadap tanah air adalah obor pencetus semangat untuk terus membawa kemajuan kepada setiap warga negara bagi sama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan atau memajukan negara ke tahap kecemerlangan.
Maka, sudah menjadi kesepakatan bersama bagi umat Islam bahwa peringatan (Sambutan) Hari Kemerdekaan adalah boleh. Peringatan ini masuk dalam firman Allah:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ [الذاريات/55]
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa`at bagi orang-orang yang beriman.” (al-Dzariyat: 55)
Pelbagai cara dilakukan untuk menterjemahkan semangat kemerdekaan dan menzahirkan kecintaan terhadap negara.
Pada 8 September 2017 bersamaan 17 Zulhijjah 1439, Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi, Sambutan Bulan Kemerdekaan Tadika Smart Soleh Bestari Jaya, di sini, berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti termasuk berarak dengan membawa Jalur Gemilang turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotisme yang melambangkan kecintaan kepada negara.
Program disertai seluruh warga tadika, termasuk 27 kanak-kanak dan 4 guru itu diraikan setiap tahun bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
Turut diadakan pertandingan pertandingan pakaian Jalur Gemilang Kreatif menjadi perantara untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan mereka.
Sesuai dengan usianya, pendekatan melalui pertandingan pakaian Jalur Gemilang kreatif dipilih supaya mereka lebih mudah memahami apa sebenarnya yang ingin dijelaskan tentang hari kemerdekaan ini. Pakaian tersebut juga dihasilkan sendiri oleh ibu bapa anak-anak tadika dengan menggunakan Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing.
Selain memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, program tersebut bertujuan mengukuhkan perasaan cintakan negara dan memupuk daya juang dalam kalangan generasi muda.
Sesi bergambar bersama anak-anak SSIP
Kanak-kanak berarak dengan membawa Jalur Gemilang turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotisme
Antara anak-anak SSIP yang terlibat dengan peragaan pakaian Patriotik.