Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita masih diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk meneruskan kehidupan seharian.
Sebelum itu, admin ingin kongsikan serba sedikit peristiwa yang menarik berlaku sepanjang bulan April ini. Pada 15 April 2017 yang lalu SMART SOLEH SAUJANA UTAMA telah mengadakan Hari Sukan bagi tahun 2017 yang diadakan di Padang SMK Saujana Utama. Acara berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa yang ingin menyaksikan anak mereka turut serta dalam acara yang di pertandingkan. Ibu bapa yang hadir turut memberikan sokongan yang positif dengan mengenakan pakaian mengikut tema sukan.
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Smart Soleh. Pada sebelah pagi, diikuti acara perbarisan masuk oleh pasukan ASKAR(ARMY) diikuti oleh pasukan POLIS (POLICE) dan akhir sekali diikuti oleh Pasukan PETANI(FARMER).
Sepanjang sukan berlangsung pelbagai acara yang dipertandingkan. Bagi kategori bapa acara yang dipertandingkan adalah acara tarik tali. Acara ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kaum bapa. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan bapa yang menghantar anak mereka di Smart Soleh Ini. Disamping itu pelbagai acara sukan yang dipertandingkan untuk kanak-kanak antaranya ialah Larian 30meter, can tower, legoland dan banyak lagi.
Majlis diakhiri dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Rumah ASKAR (ARMY). Tahniah diucapkan kepada pasukan ARMY. Diharap yang tidak berjaya untuk tahun ini teruskan mencuba di tahun yang akan datang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua anak-anak dan guru-guru serta ibu bapa yang menjayakan temasya sukan pada kali ini. ^_^