Skip to main content

Tentang Program

  1. Program ini dirangka bagi membantu pengusaha tadika menjalankan perniagaan tadika Islam secara sistematik kerana Allah SWT dalam misi melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang tinggi dan menguasai kemahiran 4M(membaca, menulis , mengira, menaakul ) .
  2. SSiP menawarkan Pakej separuh Masa (Half Day) dan Sepenuh Masa (Full Day) untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
  3. SSiP membawakan konsep Islamic, English dan Multimedia.
  4. SSiP menyediakan persekitaran yang kondusif dan terbaik untuk perkembangan awal kanak-kanak berusia 4-6 tahun berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah.
  5. Rancangan pengajaran(Teaching Report) yang disediakan oleh HQ adalah bertepatan  dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK). Guru-guru akan dilatih menggunakan Teaching report, mengendalikan kelas multimedia dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mudah.
  6. Tenaga Pengajar akan dilatih dengan cara:
  • Guru – guru di SSiP wajib menghadiri kursus untuk guru baru sebelum mengajar di SSiP. (Teacher Experiential Training & Workshop)
  • Guru-guru perlu menghadiri kursus berkala yang disediakan oleh HQ SSiP(Training for Teachers’ Integrity Enhancement)
  • Pemantauan oleh pengetua dan wakil dari HQ sebanyak 2 kali setahun
  1. Modul Pemantauan membolehkan guru-guru, pengetua dan HQ berbincang dan berkomunikasi dalam memastikan keseragaman program di setiap cawangan.
  2. Multimedia digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) supaya anak-anak lebih teruja untuk belajar dan mengalami pengalaman yang menyeronokkan di dalam kelas. Multimedia yang dibangunkan oleh SSiP menekankan nilai Islamik di dalamnya.
  3. Kurikulum SSiP merangkumi subjek
  • Bahasa – English, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab
  • Kognitif – Matematik & sains
  • Pendidikan Fizikal
  • Pendidikan Islam – Al-Quran , Hafazan Juz Amma, Hafazan Surah Yasin (ayat 1-20), Hafazan Surah Al- Kahfi (ayat 1-10), Aqidah, Fiqah, Sirah, Ibadah.
  1. SSiP mengaplikasi Khalifah Metod dalam pembentukan akhlak dan karakter peribadi anak-anak. 3 tanggungjawab penting  khalifah diperkenalkan kepada anak-anak:
  • Pertama : make myself good
  • Kedua: Help others to become good
  • Ketiga : make the physical world good, clean & beautiful
  1. Program yang dijalankan:
  • Pembelajaran bertemakan Islamik seperti ‘Greeting salam’,‘At Masjid’ , ‘Adab at Home’, ‘My daily Sunnah’, ‘Neighborhood & Community’ dan lain-lain
  • Art & Craft
  • Kindercooking
  • Aktiviti Sensorial
  • Islamic Music & movement
  1. Anak- anak banyak melakukan ‘hands on activities’ semasa PdP di dalam mahupun luar kelas.
  2. Extra- kurikulum :
  • Lawatan sambil belajar
  • Lawatan ke Masjid
  • Menziarah rumah jiran
  • Sukan/Sukaneka tahunan
  • Kunjungan agensi kerajaan (Resource People)
  • Majlis Ihtifal & Konvokesyen
  • Kelas Taekwando

 

  1. Program bersama ibu bapa:
  • Parents Talk
  • Parents Teachers Meeting
  • A Day In Their Shoes
  • Fun English at Home
  1. Perkembangan anak-anak di sekolah akan dimaklumkan kepada ibu bapa sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan November. Pertemuan khas bersama ibu bapa ini dinamakan ‘Parents Teachers Meeting (PTM)’ membincangkan perkembangan anak-anak dari semua sudut.

AKTIVITI SMART SOLEH