Pada 19 April 2017 yang lalu Tadika Smart Soleh Saujana Utama telah dikunjungi oleh 4 orang pegawai Polis dari Balai Polis Saujana Utama. Pihak polis datang dengan membawa 2 buah motosikal berkuasa tinggi yang digunakan untuk membuat rondaan manakala sebuah kereta turut dibawa untuk membawa kanak-kanak menaiki kenderaan tersebut.
Tujuan utama pegawai polis dijemput adalah untuk menerangkan kepada anak-anak mengenai pakaian seragam polis, kenderaan yang mereka gunakan serta memberitahu kepada anak-anak bahawa kerja sebagai anggota polis adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara. Pegawai polis turut membuat demo menangkap penjenayah.
Dalam pada itu juga kanak-kanak juga diberi peluang menaiki motor polis berkuasa tinggi sambil bergambar sebagai kenang-kenangan. Kanak-kanak juga dibawa meronda di sekitar kawasan perumahan bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai pengalaman menaiki kereta peronda polis.
Sebagai tanda penghargaan, pengurus SSiP menyampaikan sedikit cenderamata kepada pegawai polis yang hadir.